Jumaat, 9 Januari 2015

SEJARAH SEKOLAH


FAKTA SEJARAH SEKOLAH


1.      Nama Sekolah:  Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh.

2.       Nama asal: Sekolah Melayu Seri Beroleh.

            ii.         1958 – Sekolah Umum Seri Beroleh ( arahan kerajaan )
            iii.        1961 – Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh ( arah kerajaan )

3.      Didirikan pada 4 APRIL 1951

4.      Tanah tapak :  Asas tapak sekolah seluas satu ekar setengah telah diwakafkan oleh  
                                 Tuan Haji Ahmad Bin Haji Tahir.

5.      Bangunan;


              i.     Bangunan pertama sekolah ini seluas 60 x 24 kaki persegi, berlantai simen, berdinding papan dan beratapkan daun nipah. Didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM2300.00 (wang daripada orang ramai).  Pada 4.4.1951 bangunan awal yang dibina secara bergotong-royong telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat En. Md Seth bin Md Said.

              ii.    1954 bangunan telah ditambah 2 bilik darjah dengan kos RM 1400.00 melalui bantuan kerajaan.

              iii.   1963 bangunan kekal yang mengandungi 3 bilik darjah dan sebuah kantin telah didirikan

               iv.  Pada  22.4.1964 bangunan ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Hassan Bin Hj Yunos, Menteri Besar Johor.

               v.    Pada  tahun 1970 sebuah bangunan kekal 2 tingkat mengandugi 4 buah bilik darjah, pejabat Guru Besar, bilik guru, 4 bilik air dan stor telah dibina oleh kerajaan. Bangunan baru ini menggantikan bangunan lama yang dibina oleh penduduk kampong.

               vi.    1980 -  satu lagi bangunan kekal dibina yang mengandungi 2 bilik darjah, 1 bilik perpustakaan dan 4 bilik air . Bangunan siap pada Julai 1981.

              vii.   1992 - satu bangunan 2 tingkat dengan 6 bilik darjah dan sebuah makmal Kemahiran Hidup dibina.

              viii.  1997 -  sekolah mendapat tambahan 2 buah bilik darjah .

               ix.  Pada 2010 , 2 blok 4 tingkat dengan pelbagai bilik dibina. 2012 bangunan baru telah boleh digunakan.


PENGASAS SEKOLAH SK SERI BEROLEH (1950)

Penasihat
             i.   Tuan Hj Abd Majid bin Abd Kadir  - Penghulu Besar Mukim V, Batu Pahat.

             ii.  Tuan Haji Ashaari -  Ketua Kampung Panchor, Batu Pahat

            iii.  Tuan Haji Suari bin Hj Mokmin    - Ketua Kampung Beroleh ( Parit Hj Sidek )

            iv.  Tuan Hj Maskam bin Abd Rashid -  Ketua Kampaung Parit Besar.

Yang Dipertua             : Tuan Hj M Zahid bin Hj Musa

Naib Yang Dipertua    : Tuan Haji Mahfoz bin Hj Salleh   (merangkap Bendahari)

Setiausaha                   : Tuan Haji Ahmad bin Hj Md Raji

Pen. Setiausaha           : Tuan Hj Mahmud bin Hj Noor

Pemeriksa Kira-kira    : En Khamsan Bin Hj Ali

                                                   Tuan Hj Nasir Bin Hj Dahlan

Ahli Jawatankuasa   En Mon Bin Ansor

                                  En Talha bin Hj Salleh

                                  Tn Hj Hamid bin Hj Ashari

                                  Tn Hj Noor bin Hj Abd Razak

                                  Hj Hasbi bin Dahlan

                                  En Morni bin Hj Said

                                  En Sardam bin Hj Mokti

                                  En Kamsom bin Hj Ali

                                  En Bagrom bin Hj Nor

                                  En Yusof bin Mskam

VIDEO PROFIL SEKOLAH




Video Korporat Sk Seri Beroleh ini dibina oleh Penyelaras Unit ICT Sk Seri Beroleh En. Jamal Rizal b Mat Ali Hanafiah dengan kerjasama semua guru Sk Seri Beroleh berdasarkan maklumat pada tahun 2014.


MUAT TURUN JADUAL WAKTU KELAS( TAHUN 1 - 6 ) 2015

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA DAN WARGA SK SERI BEROLEH YANG BUDIMAN , JADUAL WAKTU BAGI SEMUA KELAS DARI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6  BOLEH DI MUAT TURUN DISINI.

 MARILAH KITA BERSAMA DALAM MEMASTIKAN KEHADIRAN MURID-MURID KE SEKOLAH BERADA DALAM PRESTASI YANG CEMERLANG. SEKIAN TERIMA KASIH


























SELAMAT DATANG 
KE LAMAN BLOG RASMI 
SK SERI BEROLEH BATU PAHAT